~✿Bismillahirrahmanirrahim✿~ Assalaamu"alaykum waråhmåtullååh hi wa baråkaatuh… Dengan nama Allah, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Pe...
~✿Bismillahirrahmanirrahim✿~ Assalaamu"alaykum waråhmåtullååh hi wa baråkaatuh…
Dengan nama Allah, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam. Rahmat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat – sahabatnya.
Ramai wanita sama ada yang baru sahaja memeluk agama Islam atau yang sudah berugama Islam dari sejak kecil lagi sering mengutarakan tentang amalan – amalan apakah yang dapat di lakukan ketika datang Haid. Jelas sekali, wanita – wanita Islam mengetahui bersolat, berpuasa dan berwudhu" tidak dibenarkan ketika datang haid. Namun adakah ini bermakna wanita "bercuti" daripada melakukan amalan – amalan lain? Adakah ini bermakna wanita hanya perlu tidur, makan dan lalai daripada mendalami agama Islam ketika datang haid?
Jawapannya: Tidak! Tidak sama sekali!
Perlu di ingati salah satu syarat wudhu" adalah "suci daripada haid dan nifas", manakala, salah satu syarat bagi bersolat pulak ialah, "berwudhu" (suci daripada hadas kecil dan hadas besar). Maka secara automatik, berwudhu" ketika datang haid tidak sah, bersolat, berpuasa dan tawaf pulak adalah di larang.
Berbalik kepada topik yang sebenar, apakah "amalan-amalan yang dapat dilakukan ketika datang haid"? Terlalu banyak! Islam tidak membataskan muslimah untuk berhenti beramal kerana didatangi haid. Berikut adalah 10 amalan – amalan yang boleh di lakukan bagi mengisi "kekosongan" di hati :-
1) Perbanyakkan Zikir kepada Allah dan selawat ke atas Nabi – Nabi, Rasul – Rasul, keluarga serta sahabat – sahabat sekalian.
2) Mendengar Ceramah dan Mendengar bacaan Al – Quran.
3) Mengamalkan sifat – sifat yang terpuji, seperti sabar, syukur, ikhlas, tawakal, redha, mengingati mati dan lain – lain lagi sifat terpuji.
4) Bersedekah dan tolong menolong antara sesama keluarga, sahabat – handai serta mukmin mukminah sekalian.5) Membaca tafsir Al – Quran dan hadith – hadith yang sahih.
6) Menjaga batas seharian; menjaga pandangan dan pendengaran serta zina.
7) Menyebarkan artikel – artikel yang berguna kepada orang – orang islam bagi memberi peringatan kepada kita sendiri dan orang lain.
8) Menghindari diri daripada sifat dusta, mencela perkataan orang, memuji diri dan melaknat, pemarah, dengki, bakhil, kasihkan kemegahan, kasihkan dunia, membesarkan diri, merasai diri lebih sempurna, menunjuk-nunjukkan amalan dan lain – lain sifat yang di murkai Allah.
9) Senyum dan berkata – kata manis dengan orang sekeliling.
10) Membersihkan rumah dan halaman rumah sambil berzikir. Dan lain – lain lagi..Terlalu banyak amalan – amalan baik yang di boleh di lakukan oleh perempuan – perempuan yang datang haid.
DAN INGIN LAGI LEBIH LANJUT SILA LIHAT GAMBAR DI BAWA
Sebenarnya banyak ibadat yang boleh di amalkan oleh wanita semasa sedang haid. Hanya ada beberapa perkara yang haram dilakukan semasa haid seperti bersuci, solat, puasa, tawaf dan membaca Al-Quran (memegangnya).
Lagipun, skop ibadah di dalam Islam ini luas. Setiap amalan yang baik seperti bersedekah dan sebagainya itu akan dianggap sebagai amalan yang soleh dengan syarat niat mestilah ikhlas dan mengikut landasan syarak…
Namun di dalam ibadat-ibadat khusus seperti memuji Allah, menuntut ilmu dan lain-lain berkaitan dengan agama masih boleh dan Sila rujuk pada gambar ini untuk ingin lebih lanjut lagi…, insyaAllah.
Antara amalan-amalan yang boleh dilakukan oleh wanita yang sedang haid adalah
Bukankah kebanyakkan amalan – amalan yang di sebutkan di atas lebih kurang sama dengan amalan yang di lakukan ketika perempuan tidak datang haid? Memang betul!
Semoga artikel ini bermanfaat bagi yang membaca.Akhir kata, semoga Allah memberikan pahala atas ilmu yang di tuntut dan semoga kita mendapat ilmu yang bermanfaat untuk dunia dan akhirat, Amin Amin ya robbal Alamin~
Sumber : lifestories-e-rah.blogspot.com @ Lukisan Dakwah Islam